Ghadir Khum merujuk kepada satu peristiwa penting dalam sejarah Islam yang berlaku di sebuah kolam (ghadir) di lembah bernama Khumm, yang terletak di antara Makkah dan Madinah. Lembah ini berada di wilayah Juhfah, persimpangan yang menghubungkan Madinah, Mesir, dan Iraq. Pada zaman itu, penduduk tempatan seperti Bani Khuza'ah dan Bani Kinanah telah meninggalkan kawasan tersebut kerana iklim yang sangat panas. Sebelum peristiwa ini, tempat ini tidak dianggap sebagai kawasan perhentian kafilah.
Sepuluh tahun selepas hijrah ke Madinah, Nabi Muhammad SAWAS menunaikan Haji Wada’, iaitu haji terakhir sebelum kewafatannya. Dalam khutbahnya di Arafah dan seterusnya di Ghadir Khum, Baginda mengisytiharkan kepada umat Islam mengenai kematiannya yang semakin dekat. Selepas menunaikan haji, Baginda dan rombongan umat Islam memulakan perjalanan pulang dari Makkah ke Madinah. Semasa di Ghadir Khum, Baginda memanggil umat Islam untuk berhenti sebelum para jemaah haji berpisah, dan meminta mimbar untuk disediakan di bawah naungan pohon tamar. Ada riwayat mengatakan dihadapan 80,000-120,000 jemaah, Nabi menyampaikan khutbah yang terkenal dengan peristiwa Hadis ats-Tsaqalain, di mana Baginda menekankan kepentingan dua perkara: Kitabullah dan Itrah Ahlal Baiti (keluarga Baginda). Nabi bersabda bahawa jika umat berpegang teguh kepada dua perkara ini, mereka tidak akan sesat selepas kewafatannya.
Hadis ini diriwayatkan dalam sumber Sunni dan Syiah. Dalam Musnad Ahmad bin Hanbal, hadis tersebut berbunyi:
"Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang jika kamu berpegang teguh dengannya, kamu tidak akan sesat: Kitab Allah dan keluargaku (Ahlulbait)."Nabi juga dilaporkan telah mengulangi kenyataan ini beberapa kali."
Selepas menyampaikan khutbah, Nabi Muhammad SAWAS memegang tangan Ali bin Abi Talib dan bertanya kepada para jemaah adakah Baginda tidak lebih dekat (mawla) dengan mereka daripada diri mereka sendiri, merujuk kepada ayat 33:6 daripada Al-Quran. Setelah para jemaah menyetujuinya, Baginda bersabda: "Barangsiapa yang menjadikan aku sebagai maula (pemimpin), maka Ali juga adalah maula."
Hadis ini dikenali sebagai Hadis Wilayah, dan menurut riwayat, Nabi mengulangi kenyataan ini sebanyak tiga kali. Baginda juga berdoa:
"Ya Allah, tolonglah mereka yang menolong Ali, dan musuhilah mereka yang memusuhi Ali."
Ghadir Khum adalah bukti jelas bahawa Nabi Muhammad SAWAS telah melantik Ali sebagai penggantinya.
Tetapi ulama Sunni seperti Ibnu Katsir menyokong Ali dalam riwayatnya tentang peristiwa tersebut tetapi menegaskan bahawa khutbah di Ghadir Khum bertujuan untuk menunjukkan kasih sayang Nabi terhadap Ali, bukannya penegasan politik dan kepimpinan.
Peristiwa di Ghadir Khumm ini adalah bukti bahawa Ali bin Abi Talib adalah pemimpin yang mengantikan nabi selepas kewafatannya, dunia Sunni mereka hanya berandaian ianya sekadar satu penghormatan kepada Ali tanpa melibatkan isu politik dan kepimpinan
Jika nabi SAWAS hanya ingin mengangkat Ali pada peristiwa itu,sebagai menunjukkan kasih sayang adakah ianya logik jika hendak diberbandingkan kepada soal yang lebih berat selepas ketiadaannya?
Jadi cuba renungkan dan fikirkan