Benarkah Rasullulah SAWAS tidak meninggalkan apa-apa wasiat kepada pewarisnya?
Berikut adalah beberapa point yang kalian mesti pertimbangkan jika kalian menyangka bahawa nabi langsung tidak pernah meninggalkan wasiat
1. Wasiat Berkenaan Kepemimpinan: Peristiwa Ghadir Khumm adalah petunjuk di mana Nabi telah mengangkat tangan Imam Ali a.s. dan bersabda: "Barang siapa yang menjadikan aku sebagai pemimpinnya, maka Ali adalah pemimpinnya." (Hadis Ghadir Khumm, riwayat Tirmidzi, Ibn Majah, Ahmad ibn Hanbal)
Adakah dengan isyarat mengangkat tangan ini sekadar menunjukkan kasih sayang sepertimana andaian ulama sunni?
Jika pengangkatan tangan Imam Ali a.s sekadar menunjukkan kasih sayang maka tidakkah Nabi SAWAS menyebut bahawa dua perkara yang sangat penting yang ditinggalkan: “Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kalian dua perkara yang berat, yaitu Kitab Allah (Al-Qur'an) dan Ahlul Baitku. Selama kalian berpegang kepada kedua-duanya, kalian tidak akan tersesat.”
Ini disebut dalam Hadis Tsaqalain, dan ia menunjukkan wasiat Nabi penting agar Ahlul Bait sebagai pewaris ilmu dan kepemimpinan umat terjaga dan terpelihara selepas ketiadaannya.
2. Dunia Sunni, mereka menyangka bahawa Nabi SAWAS tidak meninggalkan wasiat secara formal mengenai siapa yang akan menjadi khalifah selepas baginda. Sebahagian besar ulama Sunni berpegang kepada andaian bahawa pemilihan khalifah berlaku selepas kewafatan baginda melalui musyawarah (syura) di kalangan sahabat.
Baiklah.Mari lihat sini.Sewaktu pengangkatan tangan imam ali a.s di Ghadir Khumm ada 80,000-120,000 sahabat yang menyaksikan peristiwa tersebut.Dan disaat Abu Bakar diangkat sebagai khalifah hanya disaksikan dan hadir berapa ratus orang sahaja?Tidakkah pelik dan aneh?
Baiklah.Mari lihat sini.Sewaktu pengangkatan tangan imam ali a.s di Ghadir Khumm ada 80,000-120,000 sahabat yang menyaksikan peristiwa tersebut.Dan disaat Abu Bakar diangkat sebagai khalifah hanya disaksikan dan hadir berapa ratus orang sahaja?Tidakkah pelik dan aneh?
Kerana itu Abu Bakar diangkat sebagai khalifah kerana riwayat yang dikenali sebagai Peristiwa Kertas dan Pena pada hari khamis (Tragedi Khamis), dimana Umar al-Khattab menyebut bahawa: "Cukuplah Al-Qur'an untuk kita." sudah cukup jelas nabi tidak meninggalkan wasiat.Adakah nabi sakit sehingga lupa untuk meninggalkan wasiat?Dan nabi juga ada 3 hari hidup sebelum wafat.Ayat Al Quran ini jelas
Surah An-Najm (53:3-4):"Dan tidaklah yang diucapkannya itu menurut kemahuan hawa nafsunya. Tidak lain (ucapan) itu hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya)
3. Dunia Sunni melihat bahwa dengan baginda ingin menyatakan: "Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, selama kamu berpegang teguh kepada keduanya, kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Kitab Allah (Al-Qur'an) dan Sunnahku."
Adakah benar-benar nabi pernah sebut al quran dan Sunnah, sehingga ...kedua-duanya akan bertemuku di telaga al Haud?Tidakkkah perkataan ini hanya terdapat dalam kitab Muwatta karangan imam malik. Kenapa perlu di ubah?
4. Wasiat adalah amalan yang sangat wajib. Al-Qur'an menyebut dalam Surah Al-Baqarah ayat 180: "Diwajibkan atas kamu, apabila salah seorang di antara kamu kedatangan (tanda-tanda) maut, jika dia meninggalkan harta, berwasiat untuk ibu bapa dan karib kerabatnya secara ma'ruf (ini adalah) kewajiban atas orang-orang yang bertakwa." Jika nabi tidak tunjukkan contoh dan tauladan, contoh siapa lagi yang patut diikuti?Dalam dunia Sunni ayat ini telah dimansuhkan dengan ayat surah al Nisa, siapa yang berhak untuk memansuhkan ayat itu dengan ini?