Hadith Tsaqalain


Hadis al-Thaqalain adalah hadis yang sangat penting dalam mengutamakan kedudukan  Kitabullah dan  Ahlul Bait  (keluarga Nabi Muhammad SAWAS) sebagai satu sumber yang penting . Dalam hadis ini, Nabi Muhammad SAWAS menyebutkan bahawa Baginda meninggalkan dua perkara penting kepada umat Islam

Redaksi Hadis al-Thaqalain
"Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara berat (thaqalain), jika kamu berpegang teguh kepada keduanya, kamu tidak akan sesat selama-lamanya selepas aku; Kitab Allah (Al-Quran) dan Ahlul Baitku. Sesungguhnya keduanya tidak akan berpisah sehingga bertemu denganku di al-Haud (telaga)." (HR. Ahmad: 11135)

Diriwayatkan oleh Zaid bin Arqam bahawa Rasulullah (SAWAS) telah bersabda: "Sesungguhnya, aku meninggalkan di antara kamu, sesuatu yang jika kamu berpegang teguh kepada kedua-duanya, kamu tidak akan tersesat setelah aku. Salah satu daripadanya lebih besar daripada yang lain: Kitab Allah adalah tali yang terbentang dari langit ke bumi, dan keluargaku - ahli baitku - dan mereka tidak akan terpisah sehinggalah mereka bertemu denganku di Al-Haudh, maka perhatikan bagaimana kamu memperlakukan kedua-duanya setelah aku."  (Jami` at-Tirmidhi 3788 / Book 49, Hadith 187/ Vol. 1, Book 46, Hadith 3788)

1. Dua Perkara Berat (Thaqalain)
Nabi Muhammad SAW menyebut bahawa Kitabullah dan Ahlul Bait adalah dua perkara yang sangat penting dan perlu diberi perhatian serius oleh umat Islam."Thaqal" bermaksud sesuatu yang berat atau berharga. Dalam konteks ini, dua perkara ini dianggap sebagai "berat" kerana kedudukannya yang tinggi dan tanggungjawab besar untuk umat Islam menjaganya.Al-Quran adalah kitab Allah sumber utama hukum, petunjuk, dan wahyu terakhir nabi SAWAS dan Ahlul Bait adalah keluarga Nabi waris nabi yang namanya tercatat dalam wasiat nabi yang diberikan tanggungjawab utama untuk memelihara agama Muhammad SAWAS dan memimpin umat kepada agamanya

2. Kedudukan Kitabullah
Dalam hadis ini, kitabullah disebut sebagai tali yang dihulurkan dari langit ke bumi, menunjukkan bahawa ia adalah panduan langsung daripada Allah SWT kepada manusia. Kitabullah dijadikan panduan utama dalam semua aspek kehidupan, termasuk dalam memahami hukum dan mengatur kehidupan masyarakat.

3. Kedudukan Ahlul Bait
Ahlul Bait adalah pewaris Nabi Muhammad SAWAS, merangkumi Ali bin Abi Talib, Fatimah az-Zahra, dan anak-anak mereka Hasan dan Husain. Nabi SAWAS meletakkan Ahlul Bait sebagai sumber panduan yang mustahak dan wajib diikuti. Mereka dianggap penting dalam menjaga warisan nabi Muhammad SAWAS.

4. Kedua-duanya Tidak Akan Berpisah
Nabi SAWAS menyebut bahawa Kitabullah dan Ahlul Bait tidak akan berpisah hingga bertemu nabi di telaga (al-Haud) di akhirat. Siapa ulama yang boleh menafsirkan hadis ini tanpa melengkapkan hadis tsaqalain dengan kitabullah dan ahlul bait ini bersama?

5. Kepentingan Berpegang kepada Keduanya
Nabi Muhammad SAWAS dengan jelas menegaskan bahawa jika umat Islam berpegang teguh kepada Kitabullah dan Ahlul Bait, mereka tidak akan sesat, dan ia merupakan pelindung kepada kesesatan.Ini menunjukkan bahawa tidak cukup hanya bergantung pada Kitabullah semata-mata melengkapkan dan memanfaatkan peranan Ahlul Bait sebagai keperluan penting dalam ajaran Islam.
  
Kesimpulan
Hadis al-Thaqalain adalah satu hadis penting yang menggariskan kepentingan Kitabullah dan Ahlul Bait dalam menjaga ajaran Nabi Muhammad SAWAS selepas kewafatan baginda. Hadis ini mengingatkan umat Islam untuk berpegang teguh dan erat kepada dua perkara berat ini supaya tidak tersesat dari jalan yang benar. 

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama